17 November 2010

[ ARTIKEL + GAMBAR ] NOH dan Mizz Nina Bersatu Juga Akhirnya










[ Article from Gua.com.my  / photos from Murai.com.my ]

Akhirnya penyanyi Mizz Nina dan pasangannya penyanyi utama Kumpulan Hujan, Noh Salleh membuka mulut mengenai kisah pertunangan rahsia mereka. Muncul berpasangan mengenakan busana yang sama dipakai sewaktu majlis pertunangan, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka telah pun bertunang pada hari Sabtu, 6 November lalu.

Pasangan itu turut mengumumkan tarikh yang telah dipilih untuk upacara pernikahan iaitu pada 1 Julai tahun depan. Manakala majlis persandingan tertutup yang bakal dihadiri tetamu kenamaan, sahabat dan keluarga terdekat bakal berlangsung pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis resepsi untuk teman industri dan rakan media pula bakal diadakan pada 6 Julai di Doubletree by Hilton Kuala Lumpur.

Mula menjalin perkenalan sejak penghujung tahun lalu, Mizz Nina menegaskan bahawa majlis pertunangan yang dilangsungkan secara tertutup adalah atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman keluarga di Ampang dan turut dihadiri keluarga Noh yang terbang dari Miri, Sarawak. Hanya lebih kurang 50 tetamu jemputan terdekat hadir menyaksikan upacara bersejarah tersebut. Semuanya dilakukan atas permintaan keluarga kami.” sambung Mizz Nina lagi.

Di majlis itu, pasangan tersebut turut mewar-warkan jumlah wang hantaran yang bakal diterima pihak perempuan iaitu sebanyak RM11,000 berserta mas kahwin berjumlah RM888.88 dan wang pembuka mulut bernilai RM500.00.

“Manakala pihak saya akan menyerahkan enam dulang hantaran berisi senaskhah Al-Quran, sepasang Baju Melayu, butang Baju Melayu, kain samping dan dibalas lima dulang hantaran berisi tepak sirih, kek lapis Sarawak, telekung dan sebentuk cincin.” tambah Mizz Nina.

Pernah berkolaborasi bersama Noh menerusi lagu Kurnia, Mizz Nina menyifatkan Noh seorang yang sangat merendah diri, penyayang dan menerima dirinya seadanya.

“Noh seorang yang sangat romantik bila kena waktunya tetapi adakalanya agak garang.” sambung penyanyi yang turut dicalonkan dalam kategori Hot Chick Award di Shout Awards Sabtu depan.

“Bagi saya, Nina seorang yang sangat cool dan tidak suka membuang waktu. Adakalanya di turut memberi pandangannya tentang kerjaya saya dan amat memahami kerjaya saya sebagai seorang pemuzik. Dia juga seorang yang hormatkan orang tua.” celah Noh menceritakan sifat kekasihnya itu.


Menyentuh perubahan sikap Noh yang kini lebih senang didekati media berbanding di awal kemunculannya dulu, Noh menambah yang pasangannya itu memang banyak mengubah sikapnya.

“Nina banyak memainkan peranannya dalam membentuk sikap saya. Lagipun saya kini, sudah besar.” Noh cuba berjenaka.

Mengulas perkahwinan di awal penglibatannya dalam bidang muzik, Mizz Nina tidak meletakkan karier sebagai penentu kehidupannya. Baginya, jika kena pada masanya, dia boleh berkahwin pada bila-bila masa sahaja.

“Memang benar, adakalanya perkahwinan mungkin akan mengehadkan perjalanan kariernya tetapi ada juga artis yang telah berkahwin namun masih mampu untuk mengekalkan kejayaannya. Semuanya bergantung kepada cara kita menguruskan kerjaya kita.” ulas anak kepada usahawan perbankan terkemuka Malaysia itu.

Berbeza bagi Noh yang meletakkan keputusannya mendirikan rumahtangga di awal kerjayanya kepada ahli Kumpulan Hujan sendiri iaitu Hang Dimas, AG Coco dan Izat yang memahami kehendaknya dan memberikan sokongan yang penuh.

Menjadikan lagu Kurnia yang menggabungkan mereka dalam satu lagu sebagai lagu tema percintaan mereka, pasangan itu turut merancang untuk mengadakan majlis persandingan di Miri, Sarawak pada 15 Julai tahun depan.

Masih belum memikirkan destinasi bulan madu mereka, pasangan itu turut memilih tema klasik hitam dan putih sebagai konsep konsep majlis pernikahan mereka. Manakala untuk majlis persandingan berlainan konsepnya bagi menepati kemahuan keluarga dan majlis resepsi pula bakal berlangsung dalam suasana yang lebih santai.

Pasangan Noh dan Mizz Nina turut merancang untuk memiliki ahli keluarga baru pada tahun 2013.



*Rainger sukadak???? kkk..nyna kariena jgn kuciwak yaa..*

22 October 2010

Raingers !!! Vote HUJAN for Shout Awards !!!


So easy !!! U can vote via SMS SHOUT A4 and send to 33399 or Anda boleh vote sebanyak 15x  click this Shout Awards and start voting now !!!!!